‘Tidak perlulah PRU buat masa ini’ - Utusan Malaysia

‘Tidak perlulah PRU buat masa ini’

ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihati mana-mana pihak agar tidak melaksanakan sebarang pilihan raya negeri termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia mengambil kira penularan jangkitan Covid-19 yang berlaku di negara ini yang bakal memberi ancaman keselamatan kepada kesihatan rakyat.

Walau bagaimanapun jelas beliau, pelaksanaan pilihan raya hanya boleh ditentukan oleh pihak-pihak yang membuat keputusan itu termasuk kerajaan dan SPR hanya menerima arahan untuk menjalankan pilihan raya.

“Seandainya berlaku pembubaran Parlimen sekali gus akan diadakan PRU-15, SPR terpaksa menjalankannya kerana itu tugas kita.

“Walau bagaimanapun, kita memohon ketika dalam keadaan wabak melanda negara, kalau boleh tidak ada pilihan raya buat masa ini untuk menjaga keselamatan semua orang amat susah,” katanya dalam sidang akhbar berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya