PRK Batu Sapi: Pendekkan tempoh berkempen - Utusan Malaysia

PRK Batu Sapi: Pendekkan tempoh berkempen

Abdul Ghani Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahu tidak mahu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan di Parlimen Batu Sapi.

Walaupun Batu Sapi berada di Sandakan, Sabah yang kini zon merah akibat pandemik Covid-19, PRK itu dilihat tidak boleh dielakkan kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berlangsung pada 9 Mei 2018, baru berusia dua tahun lima bulan.

Jika terpaksa diadakan juga, SPR mungkin boleh menimbangkan beberapa alternatif antaranya memendekkan tempoh berkempen dan kemudahan undi pos kepada pengundi yang tinggal di luar Sabah.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, meskipun SPR mempunyai autonomi untuk menentukan tempoh berkempen, namun jangka masa yang terlalu pendek juga dilihat tidak begitu sesuai dan dikhuatiri akan menganggu proses pilihan raya.

“Kita perlukan masa untuk semakan daftar pemilih, juga untuk undi awal. Undi awal dengan undi biasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengenai undi pos kepada pengundi luar Sabah, beliau berkata, perkara itu libatkan pindaan undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya