ARAU: Pelaksanaan proklamasi darurat tidak boleh menyebabkan Parlimen tergantung selaras dengan Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan Sidang Dewan Rakyat sepanjang tempoh tersebut. Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, pengalaman tersebut berlaku ketika proklamasi darurat 1969, malah selepas Parlimen mula bersidang pada Februari 1971, darurat masih berkuat kuasa ketika itu. Jelasnya, semasa pilihan raya 1974, proklamasi darurat pada masa itu masih belum dibatalkan sekali gus menunjukkan meskipun darurat, Parlimen masih boleh berjalan mengikut peruntukan Perlembagaan. “Apa yang berlaku, apabila diisytiharkan darurat pada 15 Mei 1969, Parlimen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya