Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia

LIEW VUI KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pada 11.50 pagi tadi.

Pegawai Khas kepada mendiang, Ben Mansul mengesahkan perkara itu dan mengatakan mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles, Kota Kinabalu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Vui Keong meninggal dunia pagi tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Vui Keong merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mendiang menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Sandakan di bawah Barisan Nasional (BN) selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau menang di kerusi Parlimen Batu Sapi di bawah Parti Warisan Sabah (Warisan). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya