Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Negara Ke-18 - Utusan Malaysia

Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Negara Ke-18

RAIS YATIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu selepas menewaskan seorang lagi calon, Senator Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff.

Hari pertama persidangan Dewan Negara bermula dengan pemilihan Yang Dipertua yang menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan usul bagi pihak kerajaan.

Takiyuddin membawa usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencalonkan Rais manakala Senator Dr. Ahmad Azam Hamzah pula bertindak mencadangkan Mohd. Yusmadi.

Rais, 78, dipilih bagi menggantikan Yang Dipertua Dewan Negara Ke-17, Tan Sri S.A. Vigneswaran yang bersara pada 22 Jun lalu.

Sebelum ini media melaporkan, terdapat khabar angin bahawa Rais akan ditentang oleh tiga calon lain termasuk daripada Barisan Nasional (BN).

Selain Mohd. Yusmadi, dua calon lain yang disebut-disebut ialah Senator Datuk Theodore Douglas Lind daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (BN).

Meskipun begitu, ketika sesi mencadangkan calon berlangsung, Senator Datuk Marzuki Yahya memaklumkan kepada dewan bahawa Theodore membuat keputusan untuk menarik diri.

Tiada ahli Dewan Negara daripada BN yang bangun untuk mencadangkan Mohamad Ali seterusnya menyaksikan Rais menang dengan 45 undian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN