Polis siasat kenyataan Mohamaddin - Utusan Malaysia

Polis siasat kenyataan Mohamaddin

MOHAMMADIN KATAPI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 laporan polis telah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan Datuk Mohamaddin Ketapi yang mendakwa pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu sebagai sandiwara.

Kesemua laporan itu diterima PDRM sejak semalam di seluruh negara.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, susulan laporan polis tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Bukit Aman.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mior Faridalathrash, Mohamaddin dan beberapa individu lain akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Terdahulu, calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Mohamaddin Ketapi dilaporkan mendakwa tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu hanya peperangan bersama ‘ayam’ dan ‘anjing’.

Dalam satu video ucapannya yang tular di media sosial, beliau berkata, pihak berkuasa ketika itu mengerahkan segala kekuatan sedangkan peperangan tidak berlaku.

Bagaimanapun, beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya tampil memohon maaf kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda mereka yang tersebar sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya