IPOH: Konsep ‘Malaysian Malaysia’ dibawa DAP tidak bertentangan dengan Perlembagaan. Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, tiada pihak yang dapat membuktikan konsep itu bertentangan dengan Perlembagaan seperti yang didakwa. “Semuanya selari dengan Perlembagaan. Rakyat yang faham Perlembagaan tidak perlu takut apa-apa kerana segala undang-undang dan retorik politik perlu melepasi tapisan Perlembagaan. “Yang jadi masalah ialah kejahilan dan manipulasi Perlembagaan untuk kepentingan politik sempit perkauman,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi Whatsapp semalam. Beliau mengulas temu bual Utusan Malaysia dengan bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Tan Seng Giaw…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya