Kerajaan utamakan kebajikan, kesejahteraan rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan utamakan kebajikan, kesejahteraan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan sama sekali tidak akan bertindak zalim.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sentiasa memikirkan dan mencari jalan menyelesaikan masalah pendudk dan sama sekali tidak akan menzalimi mereka.

“Saya tidak mahu melihat rakyat susah, menangis minta sedekah mahu makan… itu bukan kehendak saya sebagai perdana menteri.

“Sebab itu saya akan terus usahakan wang (negara) yang saya kumpul banyak-banyak bukan untuk saya. Saya tidak rasuah, segala apa yang ada yang boleh saya gunakan untuk bantu rakyat, saya akan bantu rakyat, apa yang termampu,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk di Tapak Pasar Tamu Beluran, di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Beluran yang juga Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan calon PN Dewan Undangan Negeri  (DUN) Labuk, Samad Jambri bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, hal itu terbukti berdasarkan cara kerajaan menangani pandemik COVID-19 hingga diiktiraf sebagai antara negara terbaik dalam menguruskan wabak itu.

Katanya, ini menunjukkan kerajaan begitu peka terhadap keluh kesah rakyat yang menghadapi kesukaran ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliauy, pelbagai inisiatif diumum dan dilaksana kerajaan seperti Pakej Rangsangan Ekonomi, Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), Bantuan Prihatin Nasional dan pakej Kita Prihatin berjumlah RM10 bilion yang baru diumumkan semalam juga untuk kepentingan rakyat.

“Apa kerajaan Warisan buat, apa mereka buat? Saya pergi banyak tempat saya tanya ada ketua menteri kata mahu bantu tapi sampai sekarang tidak terima lagi duit. Saya tidak biasa membanggakan diri kerana saya buat bukan untuk diri saya, satu sen pun saya tidak guna kerana ia untuk rakyat.

“Kita prihatin rakyat, kita nak menolong rakyat, yang paling bawah terkesan dapat wang lebih besar, yang sudah kaya raya tak perlu dibagi apa pun dia masih boleh hidup, jadi apa yang kita lakukan adalah untuk menjaga rakyat kita,” katanya.

Oleh itu Muhyiddin berkata, nasib rakyat Sabah akan lebih terbela sekiranya kerajaan negeri yang akan dibentuk nanti selari dengan kerajaan Persekutuan sekarang.

“Kalaulah negeri ini bersama-sama sehaluan dan sekapal sehati dan sejiwa dengan saya, pastinya rakyat Sabah akan lebih terbela, itu mantik dan logiknya,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya