Annuar Musa tidak yakin momentum PN di Sabah - Utusan Malaysia

Annuar Musa tidak yakin momentum PN di Sabah

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menghabiskan tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak yakin dengan momentum untuk merampas negeri itu dari tangan Warisan.

Menjelaskan perkara tersebut, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, momentum tidak seperti yang diharapkan, namun rakyat Sabah boleh menilai sendiri segala usaha dan kebajikan yang dibuat UMNO di negeri itu selama beberapa tahun mentadbir Sabah sebelum ini.

“Tidak terbaik seperti yang diharapkan, banyak gangguan (hiccups),” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Momentum PN dilihat sedikit goyang apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin mengumumkan mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Katanya dalam sidang media baru-baru ini, kerajaan baharu itu adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk UMNO, namun tidak menyebut berapakah jumlah majoriti yang diperolehi.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilihat menyokong Anwar dan menjelaskan yang beliau tidak menghalang mana-mana ahli parlimen UMNO yang ingin mengikut haluan Presiden PKR itu.

Namun, kenyataan Zahid itu tidak senada dengan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata pendirian beliau dan ahli parlimen UMNO lain tetap iaitu menyokong PN dan pentadbiran di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hari ini.

Ini bermakna, strategi Anwar berjaya di peringkat permulaan untuk memecahkan UMNO kepada dua kem, namun tidak tahu sama ada strategi tersebut berjaya memancing undi rakyat Sabah untuk memilih Warisan sebagai pentadbir di negeri itu atau tidak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya