UMNO tak terlibat dakwaan beli ADUN bernilai RM32 juta - Utusan Malaysia

UMNO tak terlibat dakwaan beli ADUN bernilai RM32 juta

i-sinar
BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tidak terlibat dengan sebarang rampasan kuasa di Sabah termasuk dakwaan ‘membeli’ wakil rakyat bernilai RM32 juta.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan dakwaan tersebut.

Saya tidak tahu perkara ini kerana UMNO tidak terlibat dalam pakatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menubuhkan kerajaan.

Yang terlibat hanyalah ADUN daripada pelbagai parti sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas dakwaan Pakatan Harapan (PH) yang menyifatkan kemelut politik di Sabah sebagai satu rampasan kuasa jahat.

PH turut mendakwa wujud urusan membeli wakil rakyat dengan tawaran RM32 juta seorang serta jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata, UMNO akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenangi parti itu termasuk kerusi DUN yang penyandangnya melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

Ini pendirian dan syarat UMNO secara keseluruhan, di mana kerusi yang menang dulu perlu ditandingi oleh UMNO,” jelasnya

Antara wakil rakyat UMNO yang lompat ke dalam Bersatu ialah ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Nor; Datuk Japlin Akin (Usukan); Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Sementara itu, Setiausaha Akhbar bekas Ketua Menteri Sabah, Afieza Khan menyifatkan ‘pembelian’ wakil rakyat nilai RM32 juta adalah perkara merepek.

Afieza bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu yang mendapat kecaman pemimpin Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya