PRK Slim: 49 peratus mengundi awal setakat 11 pagi - Utusan Malaysia

PRK Slim: 49 peratus mengundi awal setakat 11 pagi

SEORANG petugas kesihatan dipercayai dari Jabatan Kesihatan melakukan proses sanitasi pada kerusi pengundi ketika pengundian awal PRK DUN Slim di IPD Muallim, Tanjung Malim hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Sebanyak 49 peratus daripada 267 pegawai dan anggota polis telah mengundi pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim setakat pukul 11 pagi ini.

Proses pengundian dijalankan di Dewan Bunga Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan satu saluran mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, proses pengundian pagi ini berjalan lancar.

Menurutnya, beliau sendiri memberi nasihat kepada pegawai dan anggota supaya tidak datang serentak untuk mengundi bagi mengelak kesesakan.

“Kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadi semua prosedur operasi standard (SOP) untuk membendung Covid-19 perlu dipatuhi.

“Sepanjang proses pengundian pagi ini, SOP yang ditetapkan SPR dan Kementerian Kesihatan diamalkan dengan tidak bersesak dan menjaga penjarakan fizikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya