Pakai baju logo parti, calon BN dilarang masuk pusat pengundian  - Utusan Malaysia

Pakai baju logo parti, calon BN dilarang masuk pusat pengundian 

MOHD. Zaidi Aziz menjalani pemeriksaan suhu sebelum meninjau proses pengundian awal di IPD Muallim, Tanjung Malim hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz tidak dibenarkan masuk ke Ibu pejabat Polis (IPD) Muallim di sini untuk meninjau proses pengundian awal hari ini kerana memakai baju berlogo parti.

Mohd. Zaidi yang tiba di pintu masuk IPD Muallim pada pukul 9.45 pagi ditegur oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang meminta beliau menukar baju sebelum dibenarkan masuk untuk melakukan tinjauan pengundian.

Mohd. Zaidi yang ditemui berkata, beliau terlupa untuk menukar baju korporat BN yang tertera logo parti sebelum datang untuk membuat tinjauan proses pengundian kerana baru selesai menghadiri program berjumpa pengundi sebelum itu.

“Selepas solat Subuh tadi, saya ada beberapa program bersama pengundi dan terlupa nak tukar baju, terus ke sini (IPD Muallim). 

“Apabila sampai di IPD Muallim, saya terus turun dari kereta sehinggalah ditegur petugas SPR yang meminta saya menukar baju kerana baju saya mempunyai logo parti.

“Itu tak jadi masalah kerana saya ada bawa baju dalam kereta cuma ambil sedikit masa untuk menukar baju sebelum saya kembali semula ke IPD Muallim dan dibenarkan membuat tinjauan pengundian,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya