Keahlian terhenti: Bersatu Rembau terkejut dua pemimpin tersenarai - Utusan Malaysia

Keahlian terhenti: Bersatu Rembau terkejut dua pemimpin tersenarai

BAKLY BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Rembau terkejut dua pemimpin utama mereka turut berada dalam senarai 282 individu terhenti keahlian mereka berkuat kuasa serta-merta seperti yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Ketua Bersatu Bahagian Rembau, Bakly Baba berkata, dalam notis pemakluman yang disiarkan melalui beberapa akhbar hari ini, terdapat dua nama individu yang merupakan pemimpin utama bahagian itu iaitu Naib Ketua Bahagian, Datuk Ramly Awaluddin dan Ketua Serikandi bahagian, Masmarina Abdul Malik.

Manakala seorang lagi yang tersenarai ialah bekas Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Rembau, Mohamad Jani Ismail yang telah mengisytiharkan keluar daripada Bersatu baru-baru ini.

“Saya juga terperanjat dan saya pun panggil beliau (Ramly) dan beliau menafikan. Saya anggap ini mainan pihak yang mahu membabitkan beliau dalam senarai terlibat dengan ‘blackout’.

“Begitu juga dengan Ketua Srikandi (Masmarina), saya minta (mereka) buat satu surat penafian kepada pihak atas agar tidak disingkirkan secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Bahagian Rembau di Rantau, dekat sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan seramai 282 individu terhenti keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta kerana didapati terbabit dengan kumpulan ‘Blackout’, iaitu gerakan menjatuhkan parti dengan menjadi penyokong kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tindakan itu menurut Hamzah, diambil selaras dengan Fasal 10.2.2, 10.2.3 dan 10.3.4 Perlembagaan Bersatu selepas pihaknya menjalankan siasatan terhadap segala aduan yang dikemukakan kepada parti.

Sementara itu, ujar Bakly, berbanding Mohamad Jani yang telahpun keluar daripada Bersatu, Ramly dan Masmarina masih lagi mahu bersama dengan perjuangan parti.

“Dua kes lagi di bahagian Rembau ini, mereka mahu bersama tetapi mungkin difitnah, itu sebab saya beri peluang. Dia (Ramly) juga jadi ketua penyelaras persidangan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), mereka juga belum menerima sebarang surat rasmi. Di peringkat bahagian, kami belum menerimanya juga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN