BN putuskan guna lambang sendiri di Sabah - Utusan Malaysia

BN putuskan guna lambang sendiri di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang BN pada Pilihan Raya Ne­geri (PRN) Sabah 26 September ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan akan dijalankan dengan parti-parti politik yang lain terma­suk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah meskipun dahulunya ia dimenangi atas tiket BN.

Beliau berkata, kebijaksa­naan strategi serta kompromi mesti mendepani sebarang permintaan dan rancangan daripada parti-parti berkenaan.

“Kita akan memurnikan perundingan dan tentunya kita memberikan peluang ini untuk Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi UMNO Sabah me­ngadakan rundingan peringkat awal dengan presiden parti yang berkenaan.

“Parti-parti yang terlibat selain daripada UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ialah Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kita juga tahu terdapat beberapa parti lain berhasrat untuk meletakkan calon-calon mereka termasuklah Bersatu,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh PRN Sabah.

Penamaan calon pada 12 September manakala hari mengundi awal, 22 September.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menambah, Bung Moktar akan mengetuai jentera pilihan raya dan diberikan autonomi berunding menentukan calon bagi kesemua 73 kerusi serta calon Ketua Menteri .

Kata Ahma Zahid, keperca­ya­an diberi sepenuhnya kepada BN dan UMNO Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN