BN pertahan kerusi DUN Slim dengan kemenangan besar - Utusan Malaysia

BN pertahan kerusi DUN Slim dengan kemenangan besar

MOHD. Zaidi Aziz bersalaman sambil mencium bapanya, Aziz Nordin, 79, sambil diperhatikan isterinya, Juliana Sarip, 43, selepas menang di PRK Slim di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim, malam ini. - FOTO/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini dengan kemenangan besar apabila meraih majoriti 10,945 undi.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, calon BN, Mohd. Zaidi Aziz mendapat 13,060 undi, menewaskan dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S. Santharasekaran.

Calon Bebas yang disokong Tun Dr. Mahathir Mohamand, Amir Khusyairi gagal memberikan saingan seperti diharapkan apabila meraih 2,115 undi.

Manakala seorang lagi calon Bebas, Santharasekaran mendapat 276 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), BN menang majoriti 2,183 undi menerusi Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia pada 15 Julai lalu.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Slim, Shamsul Ridzuan Idris di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di sini.

Shamsul Ridzuan berkata, terdapat 327 undi rosak dan peratusan keluar mengundi selepas semua 12 pusat mengundi ditutup pada pukul 5.30 petang ialah 68.40 peratus.

Proses pengundian di semua 12 pusat mengundi membabitkan 56 saluran dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Perkara yang jelas, kemenangan itu menyaksikan peralihan undi masyakat Cina dan India kembali kepada BN apabila berjaya menang di semua 13 Pusat Mengundi Daerah (PDM).

Dalam dalam Pilihan Raya Umum (PRU-14), BN kalah di enam PDM yang majoriti pengundi Cina dan India.

Kemenangan besar itu juga membuktikan kerjasama UMNO dan Pas di bawah Muafakat Nasional (MN) yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin kukuh.

Dalam PRU-14, Mohd. Khusairi meraih 8,327, calon Bersatu yang bertanding menggunakan lambang PKR, Mohd. Amran Ibrahim 6,144 undi dan calon Pas, Zulfadli Zainal 4,103 undi.

Mohd. Khusairi menjadi wakil rakyat Slim selama empat penggal berturut-turut sejak 2004.

DUN Slim mempunyai seramai 22,749 pengundi biasa dan 267 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis yang telah mengundi awal pada Selasa lalu.

PRK ini adalah PRK ke-12 selepas PRU-14 dan yang kedua buat Perikatan Nasional (PN) setelah mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu selepas PRK DUN Chini.

BN sebelum ini menang di PRK Parlimen Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis dan Chini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya