Banyak parti cetus ketiadaan suara dominan - Utusan Malaysia

Banyak parti cetus ketiadaan suara dominan

ISA AB. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penubuhan parti politik baharu bukan sahaja mencetuskan perpecahan malah menyukarkan sebarang keputusan dibuat kerana ketiadaan suara pihak dominan.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pontian, Datuk Isa Ab. Hamid berkata, walaupun semua berhak berbuat demikian atas prinsip demokrasi, namun masih belum tentu kesepakatan akhir dapat dicapai.

“Bila banyak parti politik, mungkin banyak perpecahan. Begitu juga jika tiada parti dominan dalam kerajaan. 

“Maka perlu ada banyak pertemuan dan surat akuan bersumpah untuk cari titik persamaan untuk membuat keputusan dalam kerajaan. Saya kira ini cukup susah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Bahagian Bersatu Pontian di sini hari ini.

Beliau mengulas gerakan parti baharu yang diasaskan oleh bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga memberi kesan kepada kedudukan Bersatu dalam politik tanah air.

Dalam pada itu, Isa merangkap Ahli Dewan Negara berkata, persidangan bahagian Bersatu di seluruh negara kini sepatutnya digunakan ahli-ahli untuk menunaikan tanggungjawab berlandaskan prinsip parti.

“Ada masa nak keluar parti, ada masa tidak. Tetapi tanggungjawab kita kepada parti perlu ditunaikan. Dalam parti perlu berkawan bukannya cari musuh, wujudkan fitnah dan provokasi.

“Semua perwakilan juga perlu memilih pemimpin yang baik dan ada visi dan jangan pilih ikut zon dan negeri. 

“Orang Johor pilih orang negeri ini, orang Kelantan pula pilih orang Kelantan, kita tidak mahu begitu, tetapi kena pilih mereka yang bagus untuk duduk di barisan hadapan parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya