Azmin persila Pejuang bertanding di Gombak - Utusan Malaysia

Azmin persila Pejuang bertanding di Gombak

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua calon daripada mana-mana parti mempunyai hak untuk bertan­ding di 222 kerusi Parlimen termasuk Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah, bekas Timbalan Pre­siden PKR, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali secara sinis menjemput parti baharu pim­pinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk bersama-sama bertanding.

Bagaimanapun katanya, semua keputusan dan kuasa memilih terletak kepada pengundi untuk menentukan pemenang di kawasan mereka.

“Sesiapa pun boleh bertan­ding. Kalau ada Pejuang nak masuk Gombak silakan. Saya serah kepada pengundi.

“Saya tidak boleh meng­halang mereka untuk tidak bertanding,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Kongres Negara di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini semalam.

Beliau mengulas desas-de­sus berhubung strategi untuk meletakkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menentangnya pada PRU-15.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri bersama kem beliau melafazkan ikrar secara rasmi untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Permohonan beliau sebagai ahli Bersatu diluluskan dan menerima kad keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut mengisytiharkan penyertaan bersama lebih 200,000 ahli-ahli Penggerak Komuniti Negara, Pemuda Negara, Nations of Women (NOW) dan Penggerak Wanita Muda Negara ke dalam Bersatu.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin menyatakan azam untuk terus membangunkan negara serta rakyat bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Penggerak Wanita Muda Negara, Pemuda Negara dan NOW. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN