Kuasa MT UMNO terima ahli dipecat - Utusan Malaysia

Kuasa MT UMNO terima ahli dipecat

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO mempunyai kuasa menentukan keahlian semula ahli yang dipecat termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana ahli yang dipecat tidak bermakna dipecat seumur hidup.

“Kuasa itu adalah seperti mana termaktub dalam perlembagaan parti. Jadi, terpulang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan.  

Semalam, timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO boleh mengubah semula keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2016 dan menerimanya semula ke dalam parti.

Dalam satu temubual bersama portal Malaysia Post, Mohamad berkata, UMNO boleh mengubah keputusan tersebut sekiranya Muhyiddin berhasrat untuk kembali ke pangkuan parti terbesar orang Melayu itu.

Menurut Mohamad, jika perdana menteri itu berbuat demikian, ia akan memudahkan banyak perkara antaranya pembahagian kerusi pilihan raya kelak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN