Kes Rocky: Shah, Roghini tiba di Mahkamah Klang

Anjing ‘Rocky’: Shah, Roghini tiba di Mahkamah Klang

Anjing
MUHAMMAD Shah Idham Nor Haikal Shaharom bersama peguamnya tiba di pekarangan Mahkamah Klang bagi menghadapi pertuduhannya, di Klang, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Individu penangkap anjing dalam operasi oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada 29 Julai lalu tiba di Mahkamah Klang di sini, hari ini bagi menghadapi dua pertuduhan berkait siasatan oleh polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada pukul 8.38 sebelum seorang individu, S. Roghini Devi, 42, dipercayai pemilik seekor anjing bernama ‘Rocky’ yang tiba enam minit kemudian.

Mereka diiringi barisan peguam masing-masing dengan dijangka didakwa dibawah Akta Kebajikan Haiwan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, tinjauan pemberita di pekarangan mahkamah mendapati kawasan tersebut sedang dikawal ketat dengan setiap pelawat akan diimbas menggunakan mesin pengimbas.

Malah, kawalan keselamatan turut diperketatkan dengan kehadiran 50 anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Operasi tangkapan anjing liar oleh MBDK bersama penduduk setempat bertukar kecoh apabila dihalang seorang wanita sebelum membawa kematian terhadap Rocky pada 29 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN