Warga Thailand direman tujuh hari, liwat kanak-kanak dalam masjid

Warga Thailand direman tujuh hari, liwat kanak-kanak dalam masjid

SUSPEK dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka untuk permohonan reman kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki. - UTUSAN/ARIF HAMIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki warga Thailand direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki meliwat dan mencabul seorang kanak-kanak lelaki, sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman sehingga 29 April ini terhadap suspek berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017.

Difahamkan, ibu mangsa berusia 35 tahun membuat laporan polis pada 17 April lalu selepas anaknya yang berusia 13 tahun menghubunginya memaklumkan mahu pulang dan tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

“Kejadian terbongkar selepas mangsa menceritakan dirinya dicabul dan diliwat guru agamanya sejak berusia 10 tahun. Mangsa mendakwa kejadian pertama berlaku pada waktu malam sekitar Ogos 2022 di kelas sebuah akademi di Perak ketika mangsa mengikuti pengajian di sana,” katanya.

Tambahnya, kemudian suspek membawa mangsa tinggal bersamanya di sebuah masjid di Bukit Rambai sejak tahun lalu tanpa pengetahuan si ibu, kononnya untuk meneruskan pengajian.

Menurutnya, tiada sebarang pengajian dilakukan sebaliknya suspek hanya tinggal berdua dengan mangsa dalam sebuah bilik di masjid tersebut.

“Suspek juga bertugas sebagai imam di masjid sama. Mangsa mendakwa sering menjadi pemuas nafsu songsang suspek dengan cara memegang kemaluan dan meliwatnya sehingga kanak-kanak itu trauma.

“Suspek pernah mengugut mangsa supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa. Ibu mangsa kemudian mengambil semula anaknya untuk tinggal bersama tetapi suspek sering menghubungi kanak-kanak itu melalui WhatsApp dan mengajak tinggal bersamanya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya