Sabitan bersalah kes rogol Paul Yong kekal

Sabitan bersalah kes rogol Paul Yong kekal

PAUL Yong Choo Kiong tiba di Mahkamah Tinggi, Ipoh, Perak. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengekalkan sabitan salah terhadap bekas ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong bagi tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam keputusannya menyatakan, keterangan tambahan yang dibuat bekas pembantu rumah itu tidak boleh diterima dan menyifatkannya sebagai keterangan ‘dengar cakap’.

Tambah beliau, keterangan tambahan itu juga tidak wajar diberi pertimbangan kerana wujud faktor-faktor lain yang menyebabkan kesahihan ke­terangan itu diragui.

“Dalam keadaan ini, mah­kamah ini ingin mengekalkan keputusan terdahulu bahawa tiada keraguan munasabah yang telah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan dan dengan itu sabitan patut dikekalkan.

“Bagaimanapun, mahkamah menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang Amat Arif Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan yang sewajarnya,” katanya.

Pada 5 Februari lalu, pihak pembelaan mengemukakan pe­nyataan bersumpah bekas pem­bantu rumah itu bahawa dia te­lah memberi keterangan palsu berhubung dakwaan rogol oleh Choo Kiong dan berhasrat menarik balik keterangan tersebut.

Wanita berusia 24 tahun itu memberi keterangan palsu berkenaan sebagai alasan agar dapat pulang ke Indonesia sebelum kontrak kerjanya berakhir.

Perkara itu dinyatakan sen­diri oleh mangsa kepada Pathurrahman, 58, yang merupakan seorang peguam beralamat di Sumbawa, Indonesia.

Pathurrahman yang juga saksi pembelaan tambahan pertama bertemu wanita itu selepas mangsa datang ke pejabatnya pada 20 Mei 2024.

Pada 27 Julai 2022, Mah­kamah Tinggi mendapati Choo Kiong, 54, bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 24 tahun dalam bilik rumahnya di Ipoh antara pukul 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya