Muhammad Shafee bantah polis ambil kenyataan Najib

Muhammad Shafee bantah polis ambil kenyataan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pegawai polis membe­ritahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam bahawa pihaknya tidak dapat memperoleh sebarang penjelasan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perjanjian usaha sama pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International Ltd. (PSI).

Menurut saksi pem­belaan ke-11, bekas pegawai polis, R. Rajagopal, ia berikutan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghalang pihaknya berbuat demikian.

“Siasatan saya berpandukan atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah (berhubung pelaburan) membabitkan PetroSaudi Holdings Cayman (sebuah syarikat yang kononnya merupakan anak syarikat PSI).

“Sama ada Datuk Seri Najib ada memberi arahan (mengenai pelaburan tersebut), saya ada memohon untuk merakam keterangan Datuk Seri Najib ketika itu tetapi peguam, Tan Sri Muhammad Shafee telah menyuarakan bantahan kerana katanya Datuk Seri Najib ketika itu telah dituduh di mahkamah.

“Jadi beliau (Muhammad Shafee) membantah polis merakam kenyataan Datuk Seri Najib,” katanya yang sebelum ini ialah pegawai penyiasat yang menyiasat berhubung pertuduhan pecah amanah berkait skandal penyelewengan dana 1MDB yang dihadapi Najib.

Najib dituduh di mahkamah atas tuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. pada 4 Julai 2018 dan dituduh bagi penyelewe­ngan dana 1MDB pada 20 September 2018.

Menurut kes pendakwaan, satu usaha sama palsu antara 1MDB dan PSI diwujudkan tertuduh (Najib) dengan 1MDB meminjam AS$1 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya