Mekanik tidak mengaku amang seksual gadis 16 tahun

Mekanik tidak mengaku amang seksual gadis 16 tahun

ANGGOTA polis membawa Ahmad Khairuddin Khalid (tengah) di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di tepi jalan di Kuala Krai, dekat sini, Disember tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Khairuddin Khalid, 30, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.  Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan maksud seksual terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun lima bulan semasa kejadian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan tepi jalan di kawasan Kampung Enggong, Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 2.30 petang pada 8 Disember 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tidak mengganggu saksi dan mangsa selain 17 April ini untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya