Bekas pekerja restoran didakwa sertai Daesh

Bekas pekerja restoran didakwa sertai Daesh

cabul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tiga pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Muz­zammil Mohd. Mohlis, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Tertuduh sebelum ini dituduh di Mahkamah Sesyen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memberi soko­ngan kepada Daesh dengan menggunakan aplikasi media sosial, Facebook atas nama ‘Ibn Nuhas’ dan Telegram atas nama ‘Wilayah Maliziyah’ di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 31 Mei 2024, pukul 4.50 petang.

Bagi pertuduhan kedua, pada masa, tempat dan tarikh sama, tertuduh didakwa memiliki artikel-artikel dan vi­deo berkaitan Daesh.

Kedua-dua pertuduhan di­buat mengikut Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan, jika sabit kesalahan.

Muhammad Muzzammil juga didakwa menjadi ahli kumpulan Daesh dengan cara melakukan upacara baiah de­ngan pemimpin Daesh, Abu Hafs Al Hashimi Al-Qurashi sebagai khalifah untuk memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu pada pukul 10.08 pagi, Mei 2024 di sebuah pangsapuri di Jalan Cheras.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J (2) (d) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 40 tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan.

Mahkamah menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya