Pembantu guru dipenjara 10 tahun, mengaku amang seksual murid

Pembantu guru dipenjara 10 tahun, mengaku amang seksual murid

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Tinggi, Johor atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang pekerja madrasah di Mersing dihukum penjara 10 tahun dan 30 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 15 tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Faizal Man, 45, yang juga seorang pembantu guru membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan.

Berdasarkan semua kertas pertuduhan, bapa tunggal itu didakwa melakukan perbuatan itu bagi maksud seksual ke atas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dua bulan di sebuah bilik tidur dalam surau madrasah di Mersing bermula pertengahan Mei hingga 31 Oktober 2024.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Peguam Ikhwaan Zulkifli memohon hukuman penjara dan sebatan minimum atas alasan anak guamnya sudah mengaku bersalah, sekali gus menjimatkan masa dan kos semua pihak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Khairuddin Khalid memohon hukuman setimpal dengan alasan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan individu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan pemenjaraan berjalan serentak.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan ketika tempoh penahanan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun apabila selesai menjalani hukuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya