Op Sky: SPRM selesai rakam percakapan tiga selebriti

Op Sky: SPRM selesai rakam percakapan tiga selebriti

cabul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam percakapan tiga selebriti membabitkan siasatan berhubung Op Sky melibatkan pinjaman peribadi penjawat awam.

Sumber berkata, ketiga-tiga selebriti terlibat hadir di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan, kelmarin.

“Ketiga-tiga selebriti ini tiba di Ibu Pejabat SPRM pagi kelmarin melalui pintu utama dan bukan mengikuti pintu belakang seperti mana yang dilaporkan oleh pihak media.

“Setakat ini SPRM telah selesai mendapatkan maklumat daripada mereka dan fokus sekarang adalah untuk melengkapkan siasatan.

“Mereka hadir pukul 9.30 pagi dan selesai memberi maklumat sekitar pukul 2.30 petang. Buat masa ini juga tiada tangkapan baharu dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan ketiga-tiga selebriti berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi melengkapkan siasatan.

Tiga selebriti tanah air termasuk Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan dan Sheikh Muszaphar Shukor selesai memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berkaitan Ops Sky.

Sebelum ini, siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat itu bagi tujuan promosi.

Baru-baru ini, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Seramai 12 individu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi termasuk kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang, Isnin lalu.

Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit serta satu orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya