OKU mengaku amang seksual dalam masjid

OKU mengaku amang seksual dalam masjid

MUHAMAD ADAM HAIKAL Hakim mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ampang, Selangor atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Lelaki orang kurang upaya (OKU) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan me­lakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah masjid Batang Kali, ming­gu la­lu.

Tertuduh, Muhamad Adam Haikal Hakim, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa me­lakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sekitar pukul 6.20 pagi, pada 21 Februari 2025 di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2007 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memohon mahkamah memberikan satu tarikh sebutan bagi laporan sosial berikutan tertuduh merupakan pesalah muda.

Beliau turut mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dan beberapa syarat tambahan dikenakan.

“Tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan dan tidak menganggu mangsa serta saksi pendakwaan,” katanya.

Mahkamah menetapkan 27 Mac ini bagi sebutan semula kes termasuk penyerahan laporan sosial dan jatuh hukum.

Minggu lalu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah masjid menunjukkan seorang lelaki berkopiah putih menyelinap masuk ke ruang solat wanita, sebelum memeluk seorang kanak-kanak dari arah belakang dan membawa kanak-kanak itu keluar.

Ketika kejadian, kanak-ka­nak itu sedang sujud bersendirian di saf belakang tanpa di­sedari jemaah wanita lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya