Man Tiger berdepan 10 tahun penjara

Man Tiger berdepan 10 tahun penjara

MAN TIGER didakwa di Mahkamah Sesyen, Kluang, Johor atas tuduhan cuba membunuh pasangan suami isteri pada 10 Februari 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang pekerja katering mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh pasangan suami isteri dengan melepaskan tembakan di Kampung Bukit Batu, Simpang Renggam pada 10 Februari lalu.

Tertuduh, Abdurrahman Abdullah, 33, atau lebih dikenali sebagai ‘Man Tiger’ membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi rakan yang masih bebas telah melepaskan tembakan terhadap pasangan suami isteri, Dian Yulandi Suboh, 37, dan Ahmad Fadhullah Mohamed, 38, di TL 17, Kampung Bukit Batu pada pukul 12.17 tengah hari, 10 Februari 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Suniza Nan Yan manakala tertuduh diwakili peguam, Kent Tan Chow Teng.

Suniza memohon tiada jaminan kepada tertuduh kerana kes adalah serius dengan melibatkan senjata api.

Mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya