LHDN didakwa kenakan cukai dua kali ke atas Naimah

LHDN didakwa kenakan cukai dua kali ke atas Na’imah

Cukai
NA'IMAH ABDUL KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) didakwa mengeluarkan notis tambahan cukai sebanyak RM313.8 juta secara tidak sah kepada isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.

Peguam, S. Saravana Kumar yang mewakilinya dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendakwa notis yang dikeluarkan pada Ogos tahun lalu itu adalah cacat dan tidak sah kerana mengenakan cukai dua kali ke atas pendapatannya.

Menurutnya, berdasarkan Seksyen 45(2)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang membolehkan seorang isteri dikenakan cukai secara bersama dengan suaminya. Oleh itu, mengenakan cukai yang sama ke atas Naimah dianggap sebagai cukai dua kali.

Seksyen tersebut menyatakan ‘seorang isteri boleh memilih secara bertulis supaya jumlah pendapatannya digabungkan dengan jumlah pendapatan suaminya dan dinilai atas nama suaminya bagi tahun taksiran itu’.

“Anak guam sentiasa memilih untuk membayar cukai secara bersama dengan suaminya. Mengenakan cukai ke atasnya sekali lagi adalah tidak wajar. Itu adalah cukai dua kali, sebab itu kami memfailkan semakan kehakiman,” katanya.

Malah, Saravana turut memaklumkan LHDN menghantar surat kepada Daim pada 12 Jun 2023, menyatakan bahawa isterinya memperoleh tambahan 350,266,407 saham dalam Ilham Baru Sdn Bhd pada 2018.

Walaupun Daim dan LHDN mencapai penyelesaian, LHDN kemudiannya mengeluarkan surat berasingan kepada Naimah pada 18 Jan 2024 berhubung perkara yang sama.

Pada Ogos tahun lalu, Naimah memfailkan permohonan untuk membuat semakan kehakiman bagi membatalkan tuntutan cukai RM313.8 juta oleh LHDN yang didakwa menggunakan peruntukan undang-undang salah ketika mengeluarkan notis taksiran cukai bagi 2018.

Saravana dibantu Amira Azhar dan Dharshini Sharma, manakala Peguam Persekutuan Sheryn Yong mewakili Jabatan Peguam Negara.

Hakim Shahnaz Sulaiman menetapkan 22 April untuk keputusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya