E-waste: ‘Datuk' direman disyaki rasuah penguat kuasa

E-waste: ‘Datuk’ direman disyaki rasuah penguat kuasa

KESEMUA suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka bagi mendapatkan perintah reman. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk bersama 17 individu lain direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan selepas disyaki menyogok penguat kuasa untuk memproses dan melupus sisa elektronik (e-waste) yang tidak dibenarkan.

Perintah reman sehingga 2 Mac ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek yang terdiri daripada lima wanita dan 13 lelaki berusia antara 34 dan 62 tahun.

Kesemua suspek memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah, Ayer Keroh di sini dengan menaiki tiga kenderaan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, kesemua suspek ditahan antara pukul 7 malam dan 11 malam kelmarin selepas dibawa ke Pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Kelmarin, SPRM menerusi operasi bersepadu Op X dilaporkan menahan 16 individu termasuk pemilik syarikat dan pegawai dagang kerana disyaki terbabit merasuah penguat kuasa untuk memproses serta melupus e-waste yang tidak dibenarkan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyerbu 12 premis sekitar Selangor dan Johor.

Premis terbabit disyaki memproses dan melupus bahan mentah yang tidak dibenarkan seperti gentian kaca, plastik, besi serta logam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya