Didakwa berdagang senjata api atas laut

Didakwa berdagang senjata api atas laut

ZULKARNAINI A. Rahman (depan, kanan) dan Husaini tiba di Mahkamah Sesyen, Butterworth, Pulau Pinang atas pertuduhan memperdagangkan dan memiliki senjata api. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan memperdagangkan dan memiliki senjata api secara haram, Januari lalu.

Tertuduh, Zulkarnaini A. Rahman, 44, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya manakala Husaini, 22, yang berdepan satu pertuduhan meminta untuk dibicarakan.

Kedua-duanya membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Indonesia di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama telah berdagang senjata api iaitu dua pucuk pistol jenis Glock, pistol jenama Sig Sauer (1), pistol jenis Smith & Wesson (1) dan selaras raifal M4 Carbine Caliber di kedudukan latitud 05.3655830N longitud 100.3627220E perairan laut Perai dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada pukul 3.10 petang, 27 Januari 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Zulkarnaini turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol jenama Sig Sauer di lokasi dan waktu sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Nur Ashiqeen Mohd. Sultan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal.

Mahkamah tidak membenarkan mereka diikat jamin kerana kes tergolong dalam kategori kesalahan tidak boleh dijamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 14 Mac ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya