Bomoh menangis selepas mengaku cabul kanak-kanak

Bomoh menangis selepas mengaku cabul kanak-kanak

TERTUDUH diiring polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Kemaman, Terengganu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang bomoh menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Adiq Alqbab Zanuddin, 20, yang dilihat beberapa kali mengesat air matanya, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara menyentuh alat sulit mangsa bagi maksud seksual.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual kontak fizikal tanpa persetubuhan bagi maksud seksual terhadap mangsa sama.

Mengikut Seksyen 14 (d) akta sama, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 1 pagi pada 31 Januari 2025 di sebuah rumah di Bandar Seri Bandi di sini.

Peguam Ahmad Ahnaf Zaimi memohon hukuman dijatuhkan ke atas tertuduh selepas laporan sosial diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mac ini sebagai tarikh laporan sosial, fakta dan hukuman.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya