Aldrin bukan Paiman Shakimon

Aldrin bukan Paiman Shakimon

cabul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengisytiharkan bahawa lelaki yang didakwa sebagai ‘Datuk Paiman Shakimon’ yang ditahan oleh pihak berkuasa pada 2021 selepas menghilangkan diri selama sembilan tahun, bukan ahli perniagaan itu sebaliknya merupakan warga Indonesia bernama Aldrin Pratama Widjaja.

Paiman menghilangkan diri sewaktu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini atas sabitan salah dan hukuman penjara 13 tahun bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua individu lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.

Lelaki didakwa sebagai Paiman itu ditahan polis sekitar 2021 selepas didapati ma­suk ke Malaysia menggunakan pasport Indonesia dan hasil semakan menggunakan sistem biometrik cap jarinya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan lelaki itu adalah Paiman bin Shakimon.

Ketika membaca penghakiman ringkasnya, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata, pihak pendakwaan selaku pemohon gagal membuktikan bahawa lelaki Indonesia, Aldrin Pratama Widjaja ialah Paiman bin Shakimon.

Menurut hakim itu, berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati terdapat perbezaan tarikh lahir dan keputusan cap jari yang hampir sepadan.

“Pada pandangan saya, hasil proses carian sepatutnya sepadan atau tidak sepadan. Hampir sepadan menunjukkan hasil proses carian itu tidak konklusif di mana terdapat keraguan cap ibu jari itu milik Paiman bin Shakimon,” katanya.

Selain itu, pendakwaan juga tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung percanggahan yang terdapat pada butiran penting iaitu tarikh lahir.

“Dalam satu dokumen, tarikh lahir (Paiman) ialah 1 Jun 1960 manakala dalam dokumen yang lain tarikh lahir ialah 23 Mac 1959. Tarikh lahir Paiman bin Shakimon bercanggahan, namun pendakwaan tidak pernah menjelaskan percanggahan ini,” katanya.

Dalam pada itu, dokumen peribadi seperti kad pe­ngenalan penduduk Republik Indonesia (kartu tanda), lesen memandu (dengan izin mengemudi) dan kad kebenaran memegang senjata api (surat izin penggunaan senjata api) adalah atas nama Aldrin dan telah disahkan oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya