Syarikat, empat pengarah dituduh bayar cukai perkhidmatan, penalti

Syarikat, empat pengarah dituduh bayar cukai perkhidmatan, penalti

ANTARA tertuduh (kiri) yang didakwa Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah syarikat dan empat pengarahnya didakwa atas tujuh pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan dan penalti sebanyak RM186,909.08 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Perisai Sepadu Security Sdn. Bhd. dan empat pengarahnya iaitu Mohd. Yusoff Yunus, 64; Mira Nabihah Mohd. Yusoff, 29; Marini Najihah Mohd. Yusoff, 24, dan Ahmad Afwan Mazlan, 27, selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 2021 hingga 2024.

Bagaimanapun, tiga daripada OKS mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Pada prosiding tersebut, seorang daripada pengarah syarikat berkenaan iaitu Marini Najihah tidak hadir ke mahkamah. 

Berdasarkan pertuduhan, syarikat tersebut dan empat pengarahnya didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan yang perlu dibuat dalam waktu yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam bagi tujuh tempoh bercukai antara 1 Julai 2021 hingga 29 Februari 2024. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd. Zul Zakiqudin kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 oleh seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dikenakan ke atas OKS dan menetapkan 17 Februari ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya