"Saya hanya mahu mainkan perasaan Harith Iskander" - Utusan Malaysia

“Saya hanya mahu mainkan perasaan Harith Iskander”

IZZUDIN Md. Salim (tengah) diiringi anggota polis tiba bagi didakwa atas pertuduhan membuat ugutan kepada pelawak, Harith Iskander dan keluarga di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Niat hanya untuk memainkan perasaan pelawak, Harith Iskander membawa padah kepada seorang tukang rumah apabila dia dihukum penjara lima bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Majistret, S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Izzuddin Md. Salim, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas tuduhan mengugut ahli keluarga pelawak itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menghantar pesanan melalui WhatsApp berserta gambar yang mengandungi kata-kata ugutan yang bermaksud tertuduh akan melakukan jenayah rogol dan bunuh terhadap anak perempuan Harith.

Pesanan tersebut kemudiannya telah dibaca oleh bekas isteri Harith yang juga pengurusnya iaitu, Dr. Jezamine Lim di pada pukul 8.50 pagi, 23 Januari lalu di sebuah restoran di sini.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 24 Januari dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama sebulan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya