Sebutan semula kes bunuh Istiqomah 23 Januari

Sebutan semula kes bunuh Istiqomah 23 Januari

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 23 Januari depan untuk sebutan semula kes seorang pelabur mata wang yang didakwa membunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, pada Disember tahun lalu.

Majistret Dr. Teoh Shu Yee membuat ketetapan itu sebagai sebutan permohonan izin untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Melaka.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Noor Hidayu Abd. Latif memaklumkan mahkamah bahawa laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat telah diperoleh.

Peguam K. Veeranesh kemudian memohon tarikh sebutan baharu pada 23 Januari 2025 dan dipersetujui pegawai pendakwa.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, Mohd. Fadzly Ariffadzilah, 36, didakwa melakukan bunuh terhadap Istiqomah di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah antara 26 Disember hingga 31 Disember 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 sebatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Istiqomah dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023 selepas keluar bekerja, namun keretanya ditemui di sekitar Kota Masai, Johor kira-kira pukul 2 petang hari sama.

Pada 31 Disember 2023, mayat seorang wanita ditemui dibuang dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kepala dan tangan di Kampung Tanjung Rimau Luar.

Hasil ujian DNA yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke atas ibu Istiqomah pada 2 Ogos lalu mendapati, ia sepadan dengan mayat ditemui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya