Sanusi bebas pertuduhan hasut berkaitan Sultan Selangor

Sanusi bebas satu pertuduhan hasut berkaitan Sultan Selangor

Sanusi
MUHAMMAD Sanusi Md. Nor hadir ke prosiding pengurusan kesnya hari ini dekat Mahkamah Tinggi, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilepas dan dibebaskan terhadap salah satu pertuduhan menghasut yang dilakukannya pada Julai tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainudin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu menggugurkan pertuduhan tersebut yang dikaitkan dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam prosiding pengurusan kes, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu masih disabitkan dengan satu lagi pertuduhan menghasut yang ditetapkan tarikh perbicaraannya pada 24 hingga 28 Februari depan.

Pada Julai lalu, Muhammad Sanusi melalui peguamnya mengemukakan representasi kali kedua selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan berkenaan penolakan representasi kali pertama oleh Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan dua pertuduhan hasutan dihadapinya.

Peguam ketika itu, Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan representasi dikemukakan adalah untuk menyemak semula pertuduhan tersebut termasuk membatalkan pertuduhan terhadap Muhammad Sanusi.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu Muhammad Sanusi, 50, didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pukul 11 malam pada 11 Julai 2023.

Justeru kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya