Peniaga pakaian disyaki cabul pelanggan

Peniaga pakaian disyaki cabul pelanggan

SUSPEK diiringi polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Alor Gajah, Melaka untuk mendapatkan permohonan reman. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang peniaga pakaian ditahan selepas disyaki mencabul seorang pelanggan wanita ketika sedang membeli pakaian di butik miliknya di Masjid Tanah di sini, minggu lalu.

Suspek lelaki berusia 59 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.15 malam di Pejabat Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu berusia 27 tahun pada 13 Disember lalu yang mendakwa telah dicabul sewaktu membeli pakaian di kedai milik suspek.

“Lelaki berkenaan datang menghimpit pengadu ketika sedang memilih pakaian. Pengadu yang berasa tidak selesa telah menjarakkan diri daripada suspek.

“Setelah selesai membuat pembayaran, suspek turut bertindak mengusap kepala wanita itu. Pengadu berasa terkejut lalu melarikan diri dan pulang ke rumah sebelum memberitahu kejadian kepada suaminya,” katanya.

Tambah Md. Nazri, saringan ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Suspek juga membuat laporan polis bagi menafikan insiden berkenaan selain mendapati gambar dirinya dan kedai telah tular di lamam sosial Facebook.

“Suspek direman selama dua hari sehingga 19 Disember ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya