Lagi suspek sindiket jual 'Datuk Seri' direman

Lagi suspek sindiket jual ‘Datuk Seri’ direman

SUSPEK diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka bagi mendapatkan perintah reman. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemilik sebuah syarikat direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dengan sindiket menjual gelaran Datuk Seri, dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga 23 Disember ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek wanita berusia 46 tahun itu.

Suspek memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pukul 4.45 petang semalam selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, wanita itu disiasat berhubung permintaan dan penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri yang dilakukan secara sindiket.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, seorang pengurus syarikat direman tiga hari sehingga 19 Disember ini selepas disyaki terlibat dalam kes sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya