Pak ‘guard' mengaku salah pukul adik guna penyapu

Pak ‘guard’ mengaku salah pukul adik guna penyapu

Pukul penyapu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pengawal keselamatan membelasah adik perempuannya dengan menggunakan penyapu pada Mei lalu didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hukuman tersebut dikenakan selepas tertuduh M. Krishnan, 22, mengaku salah atas pertuduhannya di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Malah, mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan,Krishnan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada adik perempuannya berusia 21 tahun dekat sebuah unit rumah flat di Bandar Bukit Raja di sini pada pukul 4.50 petang, 5 Mei lalu.

Justeru, dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda boleh sampai RM2, 000 atau kedua-keduanya.

Bagaimanapun, peguam Mark Jeyakumar dalam mitigasinya memberitahu anak guamnya merupakan anak sulung yanh menyara ibu serta adiknya itu dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan insaf serta berjanji tidak mengulanginya lagi.

“Tujuan tertuduh memukul adiknya dengan penyapu adalah disebabkan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak guam ketika berlaku pertengkaran mulut antara tertuduh dan ibunya. Dia berasa amat bersalah dan difahamkan adiknya sudah berpindah ke rumah lain. Jadi, mohon denda yang minimum,” katanya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi memohon agar mahkamah mengenakan hukuman deterrent (pencegahan) dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya