Orang tengah rasuah pegawai imigresen direman lima hari

Orang tengah rasuah pegawai imigresen direman lima hari

SUSPEK dibawa ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka untuk permohonan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengurus syarikat direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan selepas disyaki memberi suapan kepada pegawai imigresen sehingga RM3,500 sebagai balasan melepaskan warga asing yang masuk tanpa mengikut prosedur, sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman sehingga 2 Disember ini dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap suspek lelaki berusia 38 tahun itu.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi semalam dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pukul 6.20 petang kelmarin selepas hadir ke Pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai aktif sejak 2021 hingga 2023 dan berperanan sebagai orang tengah kepada pegawai imigresen bagi membawa masuk warga asing ke negara ini untuk pelbagai tujuan.

Suspek dipercayai memberikan wang rasuah antara RM500 hingga RM3,500 bagi setiap warga asing yang dibawa masuk.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya