Wanita lembam diculik, kepala dihentak tukul oleh dua lelaki

Wanita lembam diculik, kepala dihentak tukul oleh dua lelaki Bangladesh

MANGSA berjaya diselamatkan keluarganya yang membuat pencarian di seluruh Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) kategori lembam dipercayai diculik, dipukul menggunakan tukul dan dikurung oleh dua lelaki warga Bangladesh yang juga jirannya dalam sebuah bilik di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 22 tahun itu berjaya diselamatkan keluarganya yang membuat pencarian di seluruh pangsapuri berkenaan.

Katanya, mangsa ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan wayar pengecas telefon serta mengalami kecederaan ringan.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 malam ketika mangsa berseorangan di belakang sebuah blok pangsapuri. Dua lelaki warga Bangladesh yang juga jiran mangsa telah menariknya masuk ke dalam rumah lalu memukul kepalanya dengan tukul sehingga pengsan. 

“Setelah lama tidak pulang ke rumah, ibu mangsa bersama seorang jiran telah mencari di sekitar kawasan perumahan. Kemudian mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan kaki dan tangan diikat dalam bilik sebuah rumah berhampiran rumah mangsa,” katanya.

Tambah Christopher, mangsa memberitahu suspek memukul kepalanya menggunakan tukul menyebabkan dia tidak sedarkan diri sehingga diselamatkan ibunya kira-kira 30 minit kemudian.

“Tempat kejadian adalah sebuah rumah pangsapuri tiga bilik tidur di aras bawah yang dijadikan asrama warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan. Mangsa dijumpai di dalam bilik tidur berhampiran bahagian dapur rumah tersebut.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan saksi bebas yang melihat kejadian berlaku. Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan darah tetapi kita menjumpai sebatang tukul besi dan wayar pengecas telefon yang dipotong di lokasi,” ujarnya.

Katanya, susulan kejadian dua suspek lelaki berusia 20 dan 36 tahun berjaya diberkas di tepi jalan di Batu Berendam semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN