Kawan ‘baiya’ tak mengaku seksa kucing

Kawan ‘baiya’ tak mengaku seksa kucing

Kucing
DIPAK Chaudhary tiba di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyeksa seekor kucing, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nepal tidak mengaku bersalah mengheret seekor kucing di sekitar bandaraya ini bulan lalu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Dipak Chaudhary mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, pengawal keselamatan berusia, 44 tahun itu dengan seorang lagi rakannya, Monotosh (warga Bangladesh) dengan kejam mengikat seekor kucing dewasa dengan sebuah alat penjerut lalu mengheret binatang berkenaan sambil menunggang motosikal di atas jalan raya sehingga mengakibatkan kesakitan ke atas kucing terbabit.

Kesalahan tersebut dilakukan pada 7 September lalu antara pukul 2 hingga 2.15 petang di kawasan perumahan Long Branch Residence, Seksyen 31, Shah Alam.

Justeri, dia dituduh di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Raya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Veterinar), Mohd. Sharif Sabran memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kerana dia tidak mempunyai ahli keluarga di Malaysia.

Bagaimanapun, Hakim Rasyihah menetapkan tarikh 14 Oktober ini bagi mendengar jaminan dan meminta tertuduh mendapatkan pasport daripada majikan untuk ditunjukkan kepada mahkamah.

Terdahulu, Dipak gagal menghadiri pertuduhan pada 2 Oktober lalu menyebabkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Susulan itu, Mahkamah Majistret semalam membenarkannya direman selama empat hari selepas ditahan pihak berkuasa Veterinar, kelmarin.

Pada 2 Oktober lalu, Monotosh dituduh bersendirian, namun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim sama. Bagaimanapun, dia dibenarkan diikat jamin sebanyak RM13,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya