Guru qasidah sambilan didakwa amang seksual fizikal dua pelajar

Guru qasidah sambilan didakwa amang seksual fizikal dua pelajar

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang guru qasidah sambilan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajarnya yang berusia 11 dan 12 tahun.

Tertuduh, Abdul Azam Abdul Hamid, 34, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 12 tahun dengan cara menyuruh kedua-kedua mangsa memegang kemaluan antara satu sama lain.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama berusia 11 tahun dengan cara menyuruh kanak-kanak itu memegang kemaluan tertuduh dan melakukan onani.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah pusat qasidah dalam daerah Melaka Tengah pada 3 Februari 2024.

Bagi kesemua kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain tidak menawarkan jaminan, namun mencadangkan RM20,000 dikenakan bagi kesemua pertuduhan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Pendakwaan turut meminta syarat tambahan dikenakan iaitu tertuduh perlu melapor diri sekali setiap bulan kepada pegawai penyiasat dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan menjadi penanggung tunggal keluarga selepas bapanya berhenti kerja manakala ibunya tidak sihat.

Difahamkan, tertuduh merupakan guru sambilan di pusat qasidah terbabit dan bekerja sepenuh masa sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital di negeri ini.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dan menetapkan 18 November ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya