Dua sahabat didakwa rompak wanita guna parang

Dua sahabat didakwa rompak wanita guna parang

KEDUA-DUA tertuduh diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata parang terhadap seorang wanita, bulan lalu.

Tertuduh, Al ‘Imran Ismail, 29, dan Mohamad Adib Mahmood, 30, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang yang masih bebas didapati melakukan rompakan berkumpulan menggunakan sebilah parang dan mengambil sebuah telefon pintar berjenama Iphone milik mangsa berusia 19 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 pagi di sebuah rumah bernombor di Kampung Bukit Larang dalam daerah Melaka Tengah pada 26 September 2024.

Sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah dengan alasan menyara ibu bapa yang uzur dan menanggung dua anak yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula serta lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya