'Allah dengar doa kami selama lima tahun' - Bapa

‘Allah dengar doa kami selama lima tahun’

Doa
MOHD. Amirul Azdi (kiri) memeluk isteri dan anaknya selepas selepas mendengar keputusan rayuan kesnya di Mahkamah Tinggi, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Allah mendengar doa kami dan penantian selama lima tahun ini berbaloi.”

Demikian luahan pilu Mohd. Amirul Azdi Md. Yusuf, 41, selepas mendengar keputusan rayuan saman berhubung kes anak lelakinya yang dipukul seorang bekas guru sebuah sekolah kebangsaan dengan penyapu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menurutnya, dia sekeluarga menempuh pelbagai dugaan sejak insiden menimpa anaknya yang kini berusia 13 tahun yang aman anaknya ketika itu hanya berusia lapan tahun mengalami trauma dan dipinggirkan rakan-rakan sekolahnya selama dua tahun.

“Kami cuma mahu menuntut keadilan dan ia akhirnya berbalas dengan keputusan mahkamah sebentar tadi,” katanya sebak.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang bekas guru sebuah sekolah kebangsaan membayar ganti rugi RM90,000 kepada bekas murid yang dipukulnya dengan penyapu hingga menerima lima jahitan di kepala pada 2019.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Hazizah Kassim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan saman dikemukakan bekas murid Tahun Dua itu terhadap tiga pihak termasuk guru besar sekolah sama dan kerajaan Malaysia.

Bekas murid lelaki itu selaku plaintif diwakili Mohd. Amirul Azdi memfailkan saman terhadap bekas guru wanita berusia 60 tahun berkenaan sebagai defendan pertama.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Selayang pada Mac lalu dan defendan diarah membayar ganti rugi am RM15,000 selain RM70,000 bagi ganti rugi teladan serta RM5,000 untuk kos rayuan.

Defendan dua dan tiga tidak bertanggungan alih terhadap perbuatan defendan pertama. Prosiding itu dihadiri peguam bela plaintif, Azmer Md. Saad dan Nur Zalikha Noor Kashfi, manakala peguam Ruslan Hassan dan Mohd. Zali Shaari mewakili guru wanita tersebut. Peguam Kanan Persekutuan, Nur Aifaa Che Abdullah bertindak bagi pihak guru besar dan kerajaan.

Mengikut penyataan tuntutan pada 17 Oktober 2022, plaintif menyatakan dalam perjalanan kembali ke tempat duduknya dalam kelas, sebelum secara tiba-tiba guru itu memukul kepala mangsa menggunakan penyapu, kira-kira pukul 3 petang, 18 Oktober 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN