Alif Teega, isteri dibenarikat jamin RM100,000

Alif Teega, isteri dibenar ikat jamin RM100,000

ALIF Teega dan Aisyah Hijanah ketika tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pempengaruh media sosial, Alif Teega dan iste­rinya, Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan salah guna dana awam.

Dalam prosiding berkenaan, pasangan itu yang nama sebenar masing-masing, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani dan Aisyah Hija­nah Azhari membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka dan mohon dibicarakan.

Alif, 30, dan Aisyah, 26, berdepan pertuduhan menya­lahgunakan wang derma lebih RM1.5 juta secara berperingkat bagi tujuan projek infaq kurma; infaq al-Quran di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Al-Nabawi, Madinah; infaq pek makanan bagi fakir miskin di Mekah dan Madinah; infaq bantuan dan sedekah set pakaian untuk mangsa banjir, sedekah set pakaian raya untuk anak-anak yatim serta sedekah ibadah korban di Mekah.

Jumlah paling besar didakwa disalah guna adalah RM425,890.64 iaitu bagi tujuan infaq bantuan mangsa banjir sementara paling rendah pula adalah RM438.38 iaitu bantuan set pakaian muslimah untuk bantuan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara Mei 2021 hingga Julai lalu di dua cawangan bank di sekitar di Bandar Baru Bangi, Hulu Langat.

Justeru, kedua-dua pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama dan sabit kesalahan mereka boleh dipenjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh kemudian mencadangkan supaya setiap tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM50,000 serta syarat tambahan seperti me­lapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dan menye­rahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

“Bagaimanapun, tertuduh pertama (Alif) berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September lalu dan dia sudah pun menyerahkan pasportnya kepada mahkamah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, peguam, Mohd. Shahrullah Khan yang mewakili Alif dan Aisyah memberitahu kedua-dua anak guamnya bersetuju dengan jumlah jaminan ditawarkan kepada mereka selain menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama bagi menghadiri perbi­caraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya