Pengawal keselamatan ditahan disyaki rogol dua anak kandung

Pengawal keselamatan ditahan disyaki rogol dua anak kandung

SUSPEK (baju hitam) diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Alor Gajah, Melaka untuk mendapatkan permohonan reman. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Polis menahan seorang pengawal keselamatan selepas disyaki merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuan kandungnya di sebuah rumah di Durian Tunggal di sini, sejak enam tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Nawawi berkata, perbuatan suspek berusia 39 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 14 tahun menceritakan perkara itu kepada rakan sekelas sebelum memaklumkan kepada guru.

Katanya, guru terlibat telah memanggil mangsa untuk bertanyakan lebih lanjut, tetapi mangsa menafikan dirinya mempunyai sebarang masalah dengan keluarga.

“Mangsa akhirnya mengaku dirogol bapa kandung setelah didesak gurunya. Kejadian pertama berlaku pada Julai lalu semasa mangsa berada di rumah dan bapanya telah meminta mengurut kaki.

“Selang beberapa minggu bapa mangsa mengulangi perbuatan terkutuk itu sejurus mangsa pulang dari sekolah. Mangsa disuruh mandi sebelum masuk ke bilik bapanya,” katanya.

Tambah Md. Nazri, pendedahan tersebut membawa kepada pengakuan kakak mangsa berusia 18 tahun yang turut menjadi hamba seks suspek sejak 2018.

“Suspek telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sejak berusia 12 tahun dan merogolnya beberapa kali sejak berusia 14 tahun. Setelah memasuki kolej vokasional pada usia 16 tahun, suspek hanya melakukan amang seksual fizikal.

“Kejadian tersebut tidak pernah diceritakan kepada sesiapa sehingga dia mendapat tahu adiknya turut menjadi mangsa,” ujarnya.

Hari ini, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol dua anak perempuan kandungnya sejak 2018.

Perintah reman sehingga 5 September ini dikeluarkan Majistret Dr. Teoh Shu Yee terhadap suspek bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya