ALOR GAJAH: Penyanyi dan pelakon, Nur Nabila Mohd. Razali, 31, atau Nabila Razali bersama ibunya didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana membenarkan dan memandu sebuah kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu. Majistret Dr. Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah orang kena saman (OKS), Shamsidah Abdul Rahman, 58, yang juga mewakili Nabila sejurus empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan dua pertuduhan terhadap Nabila, dia sebagai pemilik sebuah kereta didapati membenarkan ibunya, Shamsidah menggunakan kenderaan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya