MELAKA: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh rakan sekerjanya, enam tahun lalu. Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Mohd. Azdi Azmi, 28, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Mohammad Shahril Mohd. Yusoff yang ketika itu berusia 21 tahun dengan menggunakan sebilah pisau. Perbuatan itu dilakukan antara pukul 4 pagi hingga 7 pagi di Medan Selera Ayer Keroh, Taman Muzaffar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya